Membantu Anda Mendapatkan Bentuk Badan Yang Menarik, Cara Pemakanan Dan Kehidupan Yang Sihat.
Khamis, 15 November 2012
KEBAIKAN TEH HIJAU
Disini saya ingin kongsikan kebaikan-kebaikan teh hijau. Mungkin ramai yang sudah tahu apa kebaikan-kebaikan teh hijau ni. Antara kebaikan-kebaikannya adalah seperti :
1. MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN
Ya..memang betul. Hasil daripada Penyelidikan yang telah dibuat oleh International Journal Of Obesity, ekstrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan. Ekstrak teh hijau meningkatkan termogenisis, pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal, penyerapan dan metabolisme makanan.
2. MENURUNKAN TAHAP GULA DALAM DARAH
Dr. Minowada dari University Kyoto mendapati bahawa ekstrak teh hijau dapatkan menurunkan tahap gula dalam darah.
3. MENCEGAH KANSER
Sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap ekstrak teh hijau dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau semakin dipercayai dapat membantu mencegah penyakit kanser.
4. MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL JAHAT (LDL)
Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Pengambilan teh hijau dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat.
5. MENCEGAH OSTEOPOROSIS
Penyelidikan dari HongKong mendapati teh hijau bermaafaat bagi tulang sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.
6. MEMPERTINGKATKAN SISTEM IMUN (KETAHANAN TUBUH)
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu sistem ketahanan tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan menghindar daripada influenza dan flu. Penelitian daripada Harvard University juga menunjukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem imun terhadap bakteria dan virus.
7. MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN
Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegahkan tumbuhnya bakteria yang bahaya seperti clostridia dan e. coli.
8. MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merencat tindakan Angiotensin II.
Itu adalah serba sedikit mengenai kebaikan teh hijau...anda boleh 'search' lagi dari internet mengenai kebaikan-kebaikan teh hijau ni..
Rasanya agak pahit dan baik jangan dicampurkan dengan susu atau gula..
Sumber ni saya ambil dari:
http://diabeteskencingmanis.blogspot.com/2012/05/teh-hijau-minuman-terbaik-untuk.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan