Better Life With Alpha Lipid
Membantu Anda Mendapatkan Bentuk Badan Yang Menarik, Cara Pemakanan Dan Kehidupan Yang Sihat.
Khamis, 15 November 2012
INFO NASI PUTIH
Dalam diet SD2, nasi diantara makanan yang perlu dielakkan..kebanyakan daripada customer akan menolak diet ini, semata-mata tidak boleh makan nasi..ha...jangan terkejut, pengambilan nasi putih boleh meningkatkan risiko Diabetes Jenis 2.
Hasil daripada kajian, nasi putih tinggi dengan nilai GI(Glycemic Index). Diet dengan nilai GI yang tinggi meningkatkan risiko Diabetes Jenis 2. Pengkaji menganggarkan bahawa risiko Diabetes Jenis 2 meningkat 10% dengan setiap penambahan pengambilan nasi putih (anggaran 158 gram per hidangan).
Beras nasi putih mengandungi kandungan nutrien yang rendah berbanding beras perang termasuk magnesuim dan vitamin yang mana mempunyai kaitan merendahkan risiko Diabetes Jenis 2.
Sebab itulah, setelah mendapat bentuk badan yang diidamkan, digalakkan mengambil beras perang berbanding beras putih..
Sumber ini saya ambil dari:
http://diabeteskencingmanis.blogspot.com/2012/05/nasi-putih-meningkatkan-risiko-diabetes.html
KEBAIKAN TEH HIJAU
Disini saya ingin kongsikan kebaikan-kebaikan teh hijau. Mungkin ramai yang sudah tahu apa kebaikan-kebaikan teh hijau ni. Antara kebaikan-kebaikannya adalah seperti :
1. MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN
Ya..memang betul. Hasil daripada Penyelidikan yang telah dibuat oleh International Journal Of Obesity, ekstrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan. Ekstrak teh hijau meningkatkan termogenisis, pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal, penyerapan dan metabolisme makanan.
2. MENURUNKAN TAHAP GULA DALAM DARAH
Dr. Minowada dari University Kyoto mendapati bahawa ekstrak teh hijau dapatkan menurunkan tahap gula dalam darah.
3. MENCEGAH KANSER
Sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap ekstrak teh hijau dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau semakin dipercayai dapat membantu mencegah penyakit kanser.
4. MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL JAHAT (LDL)
Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Pengambilan teh hijau dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat.
5. MENCEGAH OSTEOPOROSIS
Penyelidikan dari HongKong mendapati teh hijau bermaafaat bagi tulang sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.
6. MEMPERTINGKATKAN SISTEM IMUN (KETAHANAN TUBUH)
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu sistem ketahanan tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan menghindar daripada influenza dan flu. Penelitian daripada Harvard University juga menunjukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem imun terhadap bakteria dan virus.
7. MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN
Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegahkan tumbuhnya bakteria yang bahaya seperti clostridia dan e. coli.
8. MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merencat tindakan Angiotensin II.
Itu adalah serba sedikit mengenai kebaikan teh hijau...anda boleh 'search' lagi dari internet mengenai kebaikan-kebaikan teh hijau ni..
Rasanya agak pahit dan baik jangan dicampurkan dengan susu atau gula..
Sumber ni saya ambil dari:
http://diabeteskencingmanis.blogspot.com/2012/05/teh-hijau-minuman-terbaik-untuk.html
Sabtu, 3 November 2012
AWAS
Berhati-hati dengan produk tiruan. Sila semak tin sebelum membeli..Gambar di atas jadikan sebagai rujukan.
Jumaat, 2 November 2012
MENGAPA APPLE CIDER DIGALAKKAN DICAMPUR BERSAMA KE DALAM SD2 KETIKA DALAM TEMPOH BERDIET
Apakah kebaikan dan fungsi apple cider vineger?
1. Meransang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan daya kecergasan, daya ingatan, kreativiti, hafalan dan kepintaran kanak-kanak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Berfungsi anti- alergik, anti-septik, anti-anemia, anti-ulser
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkat kadar metabolisme di bahagian tertentu badan
10. Menyingkirkan air lebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik
11. Melembabkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melansingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutamanya di bahagian perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan paha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Mengandungi anti oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan mengelak barah
16. Meningkatkan kesihatan dan membran paru-paru
17. Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah bahan kimis (boron) pada mineral tulang
18. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak dan sebagainya.
Apple Cider digunakan sejak 400BC oleh hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh.
Contoh jenama lain: BRAGG.
Boleh didapati di supermarket dengan harga yang berpatutan.
Cara minum: Campur 1 sudu besar dalam shaker (2x3 kali sehari) atau campur dalam segelas/1/2 gelas air putih (sejuk/biasa) dan terus minum. Jangan makan terus dari sudu.
ATAU
Untuk yang tidak berdiet boleh dicampur dengan madu.
Khamis, 1 November 2012
BAGAIMANA MENANGANI PENURUNAN BERAT BADAN YANG PERLAHAN
Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan setelah seminggu memulakan program diet (SD2/ALSD2), ini bermakna tahap kesihatan metabolisme anda adalah lebih perlahan dar orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat membakar lemak, anda juga mungkin menghadapi sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolisme yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-
1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkarbohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi?
Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan teliti seperti salad dressing, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut. Gunakanlah keto sticks secara kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih , ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.
2. Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya? Adakah anda masih berlapar?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari, 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak seharusnya berlapar atau meninggalkan waktu makan. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar maka badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan di waktu susah untuk mendapatkan makanan.
3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ?
Sila semak kandungan ubat-ubatan atau supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi.
4. Jalani cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam
Pada tahap ini, anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman setiap hari akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain juga akan memberi kesan yang lebih baik.
5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotein pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan protein pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan, badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula di dalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak di dalam badan. Cara pemakanan protein yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan di antara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan meyebabkan penurunan berat badan.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2/ALSD2.
Sumber : Hasil tulisan Kamarul Nordin
BOLEHKAH IBU MENYUSUKAN ANAK MENGIKUTI APA-APA PROGRAM DIET
Pilihan pertama yang saya sarankan ialah memilih kaedah semulajadi iaitu menyusukan anak. Hasil daripada kajian, ibu menyusukan anak akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan ibu akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makan makanan yang seimbang untuk menampung bekalan susu.
Tetapi sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak untuk menunggu sekurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya setelah betul-betul pulih dan dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda.
Dan yang paling penting, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa program diet. 3 perkara penting yang perlu semasa menyusukan bayi ialah minum air yang banyak, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.
Ibu yang tidak cukup makanan seimbang akan mengalami kekurangan zat makanan dan membahayakan kesihatan ibu dan juga bayi. Zat simpanan penting di dalam badan akan berkurang dan mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan jumlah susu ibu juga akan berkurang. Apabila ini terjadi, makan berhenti dengan serta merta menyertai mana-mana program diet yang anda ikuti.
Sekiranya sudah mendapat nasihat doktor dan memilih program kami (SD2/ALSD2) sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai pola pemakanan iaitu makan rendah karbohidrat tetapi lebih tinggi dari biasa (20g-35g sehari) iaitu 100g karbohidrat sehari.
Selain itu, anda juga pastikan perkara-perkara berikut:
1. Jangan berlapar dan mesti minum air yang cukup. Sekurang-kurangnya 2 liter atau lebih sehari.
2. Makan makanan yang tinggi Protein dan sayur-sayuran segar.
3. Kawal berat badan anda...supaya tidak turun secara drastik...
Diolah dan disusun semula dari :
blog slim diet 2 dreamchaser 2
Sabtu, 27 Oktober 2012
CONTOH MENU (CADANGAN)
SARAPAN PAGI


Menu 1
2 telur rebus/telur dadar, 1 tomato saiz sederhana
Menu 2
Mix vege, sup telur bersama dada ayam dicarik-carik
Menu 3
2 telur goreng dan salad sayur
MAKAN TENGAHARI


Menu 1
Masak kicap daging lembu, sayur brokoli digoreng bersama udang basah
Menu 2
Rendang ayam, sayur brokoli dan cauliflower rebus
Menu 3
Stik daging bersama tomato segar saiz sederhana
Menu 4
Ikan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawang
MAKAN MALAM

Menu 1
Lamb chop dengan sos pudina
Menu 2
Ayam panggang, taufu+daging kisar dan bayam kukus
Menu 3
Ikan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawang
Menu 4
Ikan dan Ketam bakar, brokoli dan cauliflower goreng
SUPPER
1 hidangan ALSD2
Langgan:
Ulasan (Atom)


.jpg)
