Membantu Anda Mendapatkan Bentuk Badan Yang Menarik, Cara Pemakanan Dan Kehidupan Yang Sihat.
Khamis, 1 November 2012
BOLEHKAH IBU MENYUSUKAN ANAK MENGIKUTI APA-APA PROGRAM DIET
Pilihan pertama yang saya sarankan ialah memilih kaedah semulajadi iaitu menyusukan anak. Hasil daripada kajian, ibu menyusukan anak akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan ibu akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makan makanan yang seimbang untuk menampung bekalan susu.
Tetapi sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak untuk menunggu sekurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya setelah betul-betul pulih dan dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda.
Dan yang paling penting, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa program diet. 3 perkara penting yang perlu semasa menyusukan bayi ialah minum air yang banyak, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.
Ibu yang tidak cukup makanan seimbang akan mengalami kekurangan zat makanan dan membahayakan kesihatan ibu dan juga bayi. Zat simpanan penting di dalam badan akan berkurang dan mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan jumlah susu ibu juga akan berkurang. Apabila ini terjadi, makan berhenti dengan serta merta menyertai mana-mana program diet yang anda ikuti.
Sekiranya sudah mendapat nasihat doktor dan memilih program kami (SD2/ALSD2) sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai pola pemakanan iaitu makan rendah karbohidrat tetapi lebih tinggi dari biasa (20g-35g sehari) iaitu 100g karbohidrat sehari.
Selain itu, anda juga pastikan perkara-perkara berikut:
1. Jangan berlapar dan mesti minum air yang cukup. Sekurang-kurangnya 2 liter atau lebih sehari.
2. Makan makanan yang tinggi Protein dan sayur-sayuran segar.
3. Kawal berat badan anda...supaya tidak turun secara drastik...
Diolah dan disusun semula dari :
blog slim diet 2 dreamchaser 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan