Membantu Anda Mendapatkan Bentuk Badan Yang Menarik, Cara Pemakanan Dan Kehidupan Yang Sihat.
Khamis, 1 November 2012
BAGAIMANA MENANGANI PENURUNAN BERAT BADAN YANG PERLAHAN
Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan setelah seminggu memulakan program diet (SD2/ALSD2), ini bermakna tahap kesihatan metabolisme anda adalah lebih perlahan dar orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat membakar lemak, anda juga mungkin menghadapi sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolisme yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-
1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkarbohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi?
Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan teliti seperti salad dressing, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut. Gunakanlah keto sticks secara kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih , ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.
2. Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya? Adakah anda masih berlapar?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari, 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak seharusnya berlapar atau meninggalkan waktu makan. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar maka badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan di waktu susah untuk mendapatkan makanan.
3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ?
Sila semak kandungan ubat-ubatan atau supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi.
4. Jalani cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam
Pada tahap ini, anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman setiap hari akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain juga akan memberi kesan yang lebih baik.
5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotein pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan protein pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan, badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula di dalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak di dalam badan. Cara pemakanan protein yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan di antara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan meyebabkan penurunan berat badan.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2/ALSD2.
Sumber : Hasil tulisan Kamarul Nordin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan